Kuarters selalunya tempat yang selesa untuk pekerja tinggal. Segala prasarana akan disediakan oleh pihak syarikat. Namun,bagi penduduk kuarters di sebuah syarikat kerajaan iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) stesen Muadzam Shah Bukit Ridan,Rompin mengalami penderitaan. Hal ini timbul apabila satu pembinaan Kompleks latihan dan pembinaan teknologi (Projek Pertanian Acer) mula mengganggu penduduk kuarters kerana pembinaan tersebut terletak bersebelahan dengan kuarters.
Pada mula pembinaan,lambakan pekerja asing warga Indonesia ditempatkan di kuarters. Ini menyebabkan kegelisahan penduduk kerana takut dirompak oleh ‘jiran’ ini.Kemudian, kerja-kerja pembinaan bermula dan pelbagai masalah mula timbul.Antaranya ialah, Pencemaran Udara dan Pencemaran bunyi akibat daripada lori pengangkut pasir yang bunyinya amat kuat.
Bukan itu sahaja, bekalan air juga sering terputus akibat saluran paip sering pecah kerana kawasan saluran paip tersebut telah menjadi laluan jentera berat mereka.Tumbuh-tumbuhan yang kami tanam juga sering diambil tanpa kebenaran kami, seolah-olah kami memang menanam untuk mereka dan ini lagi membuatkan penduduk merasa berang.Mereka membawa masuk ke Kuartres lori serta jentera mereka dan menyebabkan kemudahan jalanraya juga turut rosak teruk serta keselamatan kanak-kanak disini turut dalam keadaan merbahaya.
Kerosakan jalanraya dijanjikan bahawa akan diturap semula apabila selesai kerja pembinaan.Kini, kerja pembinaan telah tamat. Pekerja asing warga Indonesia semaikin berkurangan namun diganti pula dengan pekerja warga Bangladesh dan Pakistan.Namun, janji untuk menurap kembali jalan hanyalah janji kosong walaupun kerja pembinaan telah lama berakhir.Pihak stesen pula bagaikan berpeluk tubuh tidak membela nasib penduduknya sendiri.Jadi, kepada siapakah kami hendak merayu meminta tolong?. Adakah kepada pihak stesen yang terpaksa buat tidak Nampak walaupun berlaku dihadapan mata?.Jadi,kami mengharapkan nasib kami diberi perhatian.
Lampiran
Gambar
0 Komen:
Catat Ulasan